Penama takaful.

Kematian dan takaful adalah perkara yang selalu diperbincangkan oleh agen-agen takaful sejak dulu lagi. Sejak Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dikuatkuasakan Hibah takaful menjadi popular dalam kalangan agen takaful dan umat islam umumnya. Timbul kekeliruan apabila ada segelintir agen dan umat islam mula memahami hibah lebih baik dari faraid dalam agihan harta pusaka.

kredit gambar by adibyazid.com

Untuk pengetahuan kita, hibah dan pusaka adalah perkara yang berbeza. Dalam APKI 2013 telah menjelaskan bahawa penama penerima pampasan takaful boleh diletakkan sebagai WASI atau BENEFISIARI (HIBAH). Kedua-duanya ada kebaikan dan memenuhi hasrat pemilik polisi takaful. Hibah bukan produk. Salah kalau agen kata saya ada jual produk hibah.

Jika pemilik berhasrat memberikan pampasan kepada semua ahli waris, penama boleh diletakkan sebagai WASI. Ini bermakna pampasan kematian yang diterima adalah menjadi pusaka dan perlu ditadbir oleh penama sebagai pusaka. HARAM baginya memanfaatkan untuk diri sendiri jika wasi bukan waris si mati. Pampasan takaful diterima setelah ditolak semua hutang si mati. Jika kita berhasrat untuk waris membantu kita menyelesaikan hutang, penama sebagai wasi adalah paling tepat.

kredit gambar dari adibyazid.com

Jika pemilik takaful berhasrat hendak menyerahkan kesemua kepada orang tertentu menurut hasratnya, maka penama diletakkan sebagai penerima hibah bersyarat (benefisiari). Kelebihan penerima sebagai benefisiari adalah pampasan yang diterima adalah hak mutlak penerima hibah. Tidak perlu melalui proses pentdbiran pusaka kerana pampasan yang dihibahkan telah terkeluar dari senarai pusaka si mati.

Maka tidak bertepatam dengan maksud syarak jika kita menghibahkan pampasan takaful kepada orang tertentu, namun meletakkan syarat bagaimana untuk mereka menggunakan hibah berkenaan. Hibah adalah hak mutlak penerima. Tidak boleh dipesan agar melunaskan hutang si mati, memberikan kepada waris lain, guna tebus pusaka waris lain menuntut bahagian dan sebagianya. Jika penerima tidak memenuhi permintaan simati, maka penerima tidak menanggung apa2 kesalahan undang-undang atau hukum syarak.

Menilai keperluan sebagai pemilik polisi baru anda jelas apa hasrat yang kita mahu, baru tahu apa bentuk penamaan yang kita nak buat. Kedua-duanya baik. Namun jika nak cepat selesai, buatlah HIBAH. Penerima boleh guna tanpa was-was hukum dan undang-undang.

Published by ustaznassri

AIA life planner (1189S) Daie Mawarith (24627)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: