Tak suka takaful

Alhamdulillah kefahaman tentang takaful dalam masyarakat khasnya umat islam semakin hari semakin jelas. Namun kerja agen takaful masih jauh lagi bagi menghakis kefahaman yang takaful sama sahaja dengan insuran. Saya bagi perumpamaan senang nasi lemak yang dibeli dengan duit sendiri boleh dimakan dan halal.  Nasi lemak yang kita dapat hasil pertaruhan (judi) boleh juga di makan tapi tidak halal.

Namun masih ramai umat islam tidak suka pada takaful akibat salah faham.  Perbandingan yang tidak setara seperti membandingkan takaful dengan simpanan. Rasa rugi bila bayar takaful RM300 sebulan. Bila matang pulangannya tak sama dengan simpan di bank. Unsur takaful dan simpanan sangat berbeza, tujuan dan matlamat pun berbeza. Kita membangdingkan antara mesin basuh dengan dapur.  Semua ada kelebihan.  Bandingkan mesin basuh dengan mesin basuh baru jelas apa manfaat yang kita mahu dari mesin basuh.

Ada mitos yang lagi hebat, takaful kerjanya nak menipu.  Janji manis tapi tak ditepati. Sebelum tuan-tuan pegang kepercayaan ini lebih baik mengkaji dan menilai dengan hati terbuka. Taklid buta tidak pernah baik dalam apa jua keadaan. Kebanyakkan orang yang buat takaful mereka sendiri tak faham apa yang mereka dah bayar.  Lepas dah dapat polisi terus simpan. Tak pernah nak minta agen terangkan balik apa manfaatnya.

Jika tuan-tuan pernah rasa kena tipu,  cuba tanya diri sendiri,  faham tak apa ikatan kontrak antara kita dengan syarikat. Bukan setakat apa yang dijanjikan agen. Kita berkontrak dengan syarikat,  bukan dengan agen. Jika tuan-tuan hanya mendengar kisah orang kena tipu,  baik selidik sedalam-dalamnya.  Banyak kes yang berlaku mereka hanya rasa tertipu sebab tidak faham apa kontrk yang dibuat.

Bayar kad perubatan standalone sampai habis tempoh,  lepas tu minta balik duit.  Memanglah tak dapat.

Kemalangan sampai putus tangan. Tuntut pampasan ilat kekal. Tapi takaful hanya cover mati dn lumpuh. macam mana nak dapat?.

Masuk hospital kos sampai RM80K syarikat takaful tak cover penuh. Dah kad perubatan limit RM60K sahaja macamana nak cover lebih. Kos sampai RM800 tapi tak warded. Macam mana medical card nak cover dah memang tak boleh (kecuali beberapa perkara sahaja).

Jika tiada alasan tapi tetp juga tak suka pada takaful. Yang tu kita kena bersihkan hati dulu. Apa yang Allah halalkan pasti ada kebaikannya. Takaful memang termasuk dalam muamalat islam. Satu juzuk islam kit tak suka, yang bermasalah adalah jiwa kita sendiri.

Kena percaya sesuatu yang halal dan datang dari islam pasti ada hikmah dan kebaikannya.

Published by ustaznassri

AIA life planner (1189S) Daie Mawarith (24627)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: