Wasiat harta kepada waris tidak wajib dipatuhi

Perkataan wasiat selalu kita dengar bila dikaitkan dengan kematian seseorang. Banyak drama dan filem yang menggambarkan wasiat ini perkara yang wajib dituruti oleh waris. Ye betul, Jika wasiat ini diberikan kepada bukan waris, maka ia wajib dikeluarkan dari pusaka dengan kadar maksimum 1/3 harta sahaja.

Wasiat hanya terhad 1/3 harta sahaja untuk kebajikan si mati.

Semasa kita hidup instrumen wasiat kita gunakan jika berhasrat memberikan harta kepada bukan waris seperti anak angkat, adik beradik yang terhijab, institusi kebajikan dan lain-lain. Namun dalam islam, pemberian kepada waris melalui wasiat tidak bertepatan dengan syariat malah pernah di larang oleh Rasulluulah S.A.W

Tentang wasiat ini ada dua pendapat yang masyhur:

Pendapat pertama: Wasiat yang ditinggalkan kepada ahli waris adalah batil secara mutlak walaupun mendapat kebenaran daripada seluruh ahli waris. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Malik, pendapat kedua dalam mazhab Imam asy-Syafi’e dan satu riwayat dalam mazhab Imam Ahmad. Rujuk Hasyiyah ad-Dusuki (4/427), Nihayah al-Muhtaj (6/48), al-Mughni ma’a Syarh al-Kabir (6/419).

Mereka berhujah dengan beberapa hujahan, antaranya ialah:

  1. Zahir makna hadith:

أنَّ اللهَ قد أعطَى كلَّ ذي حقِّ حقَّهُ, فلا وصيَّةَ لوارثٍ

Maksudnya: “Sessungguhnya Allah SWT telah menentukan setiap yang mempunyai hak (ahli waris) akan mendapat hak mereka. Maka, tidak ada wasiat kepada ahli waris”

Riwayat Abu Daud (2870), Ibn Majah (2210), dan Ahmad (286)

  1. Ini kerana pemberian wasiat kepada sebahagian ahli waris akan memberi kemudharatan kepada ahli waris yang lain. Allah telah melarang perbuatan ini dalam firman-Nya:

مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ

Maksudnya: “Sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris)”.

Surah an-Nisa’: 12

Pendapat Kedua: Wasiat yang ditinggalkan kepada ahli waris adalah sah jika mendapat persetujuan daripada ahli waris lain selepas kematian orang yang meninggalkan wasiat. Jika mendapat persetujuan hanya sebahagian daripada ahli waris, maka wasiat yang ditinggalkan hanya sah mengikut kadar ahli waris yang membenarkannya. Ini adalah pendapat muktamad dalam mazhab Imam asy-Syafi’e, mazhab Imam Ahmad dan satu pendapat dalam mazhab Imam Malik. Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh asy-Syafi’e (4/561), al-Fiqh al-Manhaji (2/258), Hasyiyah ad-Dusuki (4/427), al-Mughni (6/419)

Pusaka adalah hak waris mengikut bahagian masing-masing. Boleh bersetuju juga di muafakat.

Dari sini kita dapat faham bahawa, wasiat yang dimaksudkan oleh syarak bukanlah seperti wasiat yang biasa di fahami oleh segelintir masyarakat di Malaysia.

Published by ustaznassri

AIA life planner (1189S) Daie Mawarith (24627)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: