Amanah Raya Urus Pusaka Percuma?

Alhamdulillah ada kesedaran masyarakat tentang kepentingan perancangan harta pusaka apabila ramai yang dah kenal Amanah Raya Berhad (ARB).

Sebenarnya nak melantik ARB sebagai pentadbir pusaka (wasi) sangat senang kerana banyak rakan strategik yang bersama-sama dengan ARB untuk memanjangkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Siapa yang biasa buat loan dapatlah tawaran melantik ARB sebagai pentadbir.

Saya bukan nak menafikan hak tuan-tuan untuk melantik sesiapa sahaja sebagai wasi. Itu adalah hak masing-masing demi kemaslahatan waris sendiri. Namun saya ada swdikit perkongsian tentang salah faham kita terhadap perkhidmatan yang ARB sediakan.

Rakan strategik ARB

Ramai yang seolah-olah macam tidak percaya apabila saya kata pelantikan wasi kepada Amanah Raya tersebut, hanya melantik institusi berkenaan yang BAKAL melakukan kerjanya nanti. ARB baru ada dokumen perlantikan wasi, belum lagi bekerja sebagai WASI (pentadbir). Tidak pernah ARB kata perkhidmatan sebagai wasi nanti adalah percuma.

Kos tidak pernah disembunyikan daripada peserta. Hanya peserta yang tidak faham.

Semua kos ini akan ditanggung waris anda kelak. Bayangkan jika kita meninggalkan rumah, kenderaan, tanah, duit dalam akaun bank ASB dan lain-lain. Semuanya akan dinilaikan dan kos 5,4,3,2,1% tadi wajib ditanggung waris. Ringan sedikit beban jika kita ada meninggalkan duit tunai dalam akaun kerana kos pentadbiran boleh ditolak dari pusaka si Mati (tunai). Jika tidak meninggalkan tunai? Waris terpaksa menanggung kos tersebut. Adakah memang tuan-tuan tahu dan berhasrat supaya waris membayar semua kos tersebut? Jika hasratnya begitu, pilihan anda melantik ARB memang TEPAT.

Tunai sahaja

Kenapa rakan strategik seperti bank tak jelaskan tentang fi berkenaan? Betul, itu bukan produk bank, mereka hanya rakan strategik dan tidak perlu menjelaskannya secara terperinci tentang produk. Jika kita beli peti ais Panasonic, yang bagi warranty dan nak baiki jika rosak bukan kedai perabot tempat kita beli. Yang pakar tentang produk adalah Panasonic sendiri. Bila kita melantik ARB, kita kena ada tanggungjawab untuk tahu detail dengan membaca semua dokumen yang diberikan atau merujuk ke laman web ARB untuk info tambahan. Boleh baca di sini:

https://www.amanahraya.my/ms/pentadbiran-pusaka/soalan-lazim-pusaka/

Malah ada yang membuat wasiat dan beranggapan wasiat itu terpakai. Waris akan dapat apa yang di wasiatkan. Memang benar wasiat terpakai jika untuk bukan islam. Namun wasiat tidak pernah mengatasi hukum syarak bagi orang islam. Itu pun ada termaktub dalam undang-undang ARB.

wasiat hanya 1/3 sahaja. Mana-mana individu itu asalah selain waris. Jika waris sendiri wasiat tergantung pada persetujuan waris Faraid.

Semoga sedikit info ini berguna. Sebelum ni saya tak detailkan, namun bila terlalu banyak salah faham. Saya catatkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Semoga bermanfaat.

Di Malaysia ada satu Syarikat Amanah sahaja yang mentadbir pusaka SECARA PERCUMA dari A-Z untuk waris. Satu panggilan semua selesai. Untuk info ini boleh hubungi saya

Buatlah pilihan mengikut hasrat kita sebagai pemilik harta.

Published by ustaznassri

AIA life planner (1189S) Daie Mawarith (24627)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: