Simpanan Pendidikan

Setiap kelahiran akan diikuti dengan rasa kesyukuran atas nikmat cahaya mata yang dikurniakan Allah. Kurniaan Allah berbentuk zuriat bukan sekadar nikmat bagi ibu bapa, malah anak tersebut juga adalah amanah Allah yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab. Termasuk tanggungjawab yang ibu bapa wajib tunaikan ialah memberi pendidikan yang sewajarnya dari sudut rohani dan intelektual anak-anak.

gambar hiasan

Satu perkara yang kita perlu ambil perhatian dalam perancangan untuk pendidikan anak-anak kita ialah dengan mengambil kira kos pengajian yang bakal ditanggung kelak. Bukan sedikit anak-anak yang cerdas tapi terhalang meneruskan pengajian kerana keluarga tidak mampu menanggung kos pengajian mereka. Bahkan ada segelintir anak-anak ini sudah tidak ada orang tua kerana Allah telah mengambil orang tuanya terlebih dahulu dan meninggalkan anak tanpa dana yang mencukupi.

Hakikat kos pengajian yang semakin tinggi terpaksa kota tanggung.

Pencari nafkah samada ayah atau ibu bukan selamanya dapat memenuhi keperluan anak mereka termasuk keprluan pendidikan yang sewajarnya. Ibuu bapa boleh jadi meninggal terlebih dahulu. Ada juga yang sakit hingga hilang upaya untuk bekerja sekaligus hilang punca pendapatan. Apatah lagi apabila yuran pengajian di IPTA/IPTS pada masa akan datang semakin tinggi.

Di sini kita sebagai ibu bapa kena lebih kreatif dalam mempelbagaikan simpanan bukan sekadar simpanan tradisional seperti membuka akaun bank untuk anak-anak. Antara pilihan yang semakin mendapat perhatian ibu bapa zaman ini adalah dengan membuat simpanan pendidikan dengan syarikat-syarikat takaful.

Pelan simpanan pendidikan dengan takaful menjadi pilihan

Apa kelebihan Pelan Simpanan Pendidikan Takaful?

1. Jaminan simpanan berterusan hingga anak berusia 25 tahun jika pencarum sakit kritikal (biasa tidak mampu bekerja), lumpuh atau meninggal dunia.

2. Jaminan simpanan berterusan hingga umur 80 tahun jika anak itu yang terkena musibah sama ada lumpuh atau sakit kritikal.

3. Pulangan dividen juga tinggi antara 5%-7%. Untuk jangka panjang, faedah matang polisi hampir 2 kali ganda caruman. Ada kes sumbangan selama 70 tahun hanya RM 120,4000, tapi faedah matang mencecah RM 304,000.

4. Pampasan sakit kritikal, lumpuh dan meninggal dunia juga akan diberikan kepada waris jika terkena kepada anak tersebut.

Hanya simpan, banyak faedah yang kuta dan anak kita akan dapat.

Published by ustaznassri

AIA life planner (1189S) Daie Mawarith (24627)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: