Kenapa perancangan harta dengan syarikat amanah?

Merancang harta menjadi satu keperluan dalam perwarisan harta lebih-lebih lagi zaman muktahir ini. Selain syarikat amanah, masyarakat mempunyai banyak pilihan untuk membuat perancangan perwarisan harta dengan institusi seperti syarikat-syarikat Sdn Bhd dan individu seperti peguam.

Kalau nak dibincangkan secara menyeluruh, tulisan saya akan menjadi panjang berjela-jela. Jadi saya fokuskan kepada beberapa isi penting yang menjadi asbab kenapa tuan-tuan WAJIB memilih syarikat amanah sebagai institusi untuk merancang perwarisan seperti wasiat, hibah dan amanah.

1. Fokus perniagaan adalah sebagai pemegang amanah

Bidang perniagaan syarikat amanah adalah sebagai pemegang amanah yang tertakluk pada pruntukan Akta Pemegang Amanah 1949 selain Akta Syarikat 2016. Syarikat amanah sangat terikat kuat dengan akta dan undang-undang yang terlibat. Ini bermaksud, segala produk yang dibangunkan oleh syarikat amanah telah diteliti dengan sangat cermat supaya memenuhi keperluan masyarakat.

2. Syarikat Amanah tidak boleh menutup operasi syarikat

Ini adalah jaminan yang perlu diambil kira oleh setiap masyarakat yang membuat perancangan perwarisan harta. Orang boleh meninggal, tapi ayarikat tidak boleh tutup kerana segala perkhidmatan yang di langgan perlu mendapat jaminan yang ia akan dilaksanakan. Syarikat amanah tidak boleh menutup operasi syarikat sesuka hati walau apa pun keadaan. Penutupan operasi syarikat hanya dibenarkan dengan keizinan SSM dan mahkamah sahaja. Akta ini tidak mengikat syarikat-syarikat sdn bhd dan individu perseorangan.

3.Tadbir urus koporat seperti syarikat-syarikat sanaraian awam yang lain.

Antara kekuatan syarikat amanah ialah standard tadbir urus koporat yang memastikan intergriti syarikat lebih terjamin. Dengan pangasingan fungsi setiap jabatan termasuk lembaga pengarah dan panel syariah. Tiada pihak yang berkuasa mutlak dalam membuat segala keputusan dan menentukan hala tuju syarikat.

Akta Syarikat Amanah 1949

Di Malaysia syarikat amanah patuh syariah terbesar adalah Wasiyyah Shoppe Berhad yang semakin mengorak langkah dalam menyampaikan mesej kepentingan perancangan harta dan pengurusan pusaka kepada masyarakat. Alhamdulillah sehingga ke hari ini nama Wasiyyah Shoppe Berhad semakin di kenali oleh masyarakat.

Published by ustaznassri

AIA life planner (1189S) Daie Mawarith (24627)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: