Merancang pusaka

Adakah kita perlu merancang pusaka? Bukankah pusaka itu akhirnya akan difaraid mengikut hukum yang Allah tentukan di dalam al-quran. Apa yang kita nak rancang?. Nak menafikan hak waris lain daripada mendapat harta? Atau kita lebih bijak daripada Allah yang telah mengaturkannya melalui faraid?

Perkara yang kita kena jelas ialah, selagi harta dibawah penguasaan dan milik kita, ia adalah hak mutlak kita untuk mengaturkannya. Memilih instrumen yang tepat adalah tanggungjawab kita sebagai pemilik harta. Apa yang kita nak buat pada harta kita? Nak sedekah, nak simpan, hibah, zakat dan sebagainya semua boleh dalam lingkungan undang-undang dan hukum agama.

Sama sekali tidak timbul merancang harta untuk menafikan hak waris tertentu. Namun jika tersilap instrumen dan kaedah, semua perancangan boleh jadi terbatal atau tergantung atas persetujuan waris. Contoh silap kaedah adalah membuat wasiat atau pesanan agar harta diserahkan kepada waris tertentu selepas kematian. Wasiat kepada waris tergantung kerana Rasulullah S.A.W pernah melarang hal tersebut. Jika waris menegakkan pesanan itu, barulah namanya menafikan hak waris lain.

Jika instrumen dan kaedah betul, masalah tidak akan jadi begittu. Ketika hidup kita membuat amanah, hibah, dokumen harta sepencarian, wasiat 1/3 kepada bukan waris semuanya disebut perancangan atas harta yang kita miliki. Statusnya adalah harta kita, bukan harta pusaka. Apabila meninggal waris hanya perlu buat pengesahan untuk mendapatkan hak mereka.

Namun kita tiada hak lahi menentukan pembahagian harta jika ia sudah menjadi pusaka. Rumah ni untuk anak sulung, duit dalam akaun untuk ibu, tanah untuk adik dan lain-lain hanya melalui pesanan. Semuanya akan tergantung atas persetujuan waris yang berhak. Mereka holeh bersetuju untuk bermuafakat atau menuntut hak bahagian faraid mereka.

Jadi melantik penradbir untuk memudahkan urusan pentadbiran pusaka juga termasuk sebahagian dari merancang pusaka. Memandangkan urusan pentadbiran pusaka bukan semudah ABC, kita harus membuat perancangan supaya harta tersebut sampai kepada waris seperti yang dihasratkan.

Saya pernah terbaca ada seorang penulis mengatakan merancang harta sebenarnya adalah untuk memudahkan waris. Tidak merancang bermakna kita sudah bersedia menyusahkan mereka dan kita menjadi punca waris bergelumang dosa akibat termakan harta batil kerana tidak menyelesaikan urusan pusaka menurut hukum hakam yang sebenarnya. Jika kita sedar ia rumit, kenapa kita biarkan ia bakal berlaku?

Saya sebagai Daie Mawarith selalu mengingatkan masyarakat tentang kepentingan urus pusaka dan bahaya jika urusan pusaka tidak selesai mengikut hukum agama. Malangnya ramai yang sekadar sedar tetapi tiada tindakan untuk merancang.

Jahil dan tahu tetap sama sehinggalah TINDAKAN yang membezakan mereka.

Published by ustaznassri

AIA life planner (1189S) Daie Mawarith (24627)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: