Apa tanggungjawab waris sebelum menerima harta pusaka?

Pengetahuan asas yang perlu waris tahu sebelum menerima harta pusaka. Memang harta pusaka adalah hak waris mengikut bahgian yang telah ditentukan (Faraid). Setelah selesai pengurusan jenazah perkara utama yang waris perlu adalah bermesyuarat untuk memikirkan kebajikan si mati dan kebajikan waris yang ditinggalkan. Perbincangan berkenaan harta yang ditinggalkan si mati bukan bermakna waris kena berebutContinue reading “Apa tanggungjawab waris sebelum menerima harta pusaka?”

Jaga silaturrahim sifat ahli syurga

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan).” (Hadis Riwayat Muslim) Hadis ini sangat ringkas. Namun hadis ini maknanya sangat mendalam. Seseorang muslim tidak cukup dengan menjaga kewajipannya kepada Allah semata-mata, tetapi mengabaikan perintah Allah untuk menjaga hubungan sesama manusia. Jagalah hubungan silaturrahim lebih-lebih lagi dengan kaum kerabat (ahli kelurga).Continue reading “Jaga silaturrahim sifat ahli syurga”

Diam tanda setuju

Dalam islam diam tanda setuju ni hanya boleh dipakai ketika meminta persetujuan perempuan dengan calon bakal sumi yang meminang. Dalam bab pengurusan harta pusaka diam waris lain tidak boleh diterjemah sebagai bersetuju. Ramai ahli waris yang makan hati hanya semata-mata menjaga silaturrahim tetapi hati tidak redha. Sebab itu persetujuan waris dalam agihan pusaka perlu dinyatakanContinue reading “Diam tanda setuju”

Takaful & Simpanan

Ada agen promot buat takaful sebagai simpanan. Betul tak takaful adalah simpanan?. Pada asasnya takaful bukan simpanan seperti simpanan-simpanan biasa di bank, Tabung Haji dan Unit Trust. Takaful asasnya adalah sumbangan kita untuk membantu peserta lain jika ditimpa musibah mengikut perjanjian sesama ahli. Seperti juga khairat kematian anjuran masjid-masjid sekeliling kita. Namun begitu, semakin hariContinue reading “Takaful & Simpanan”

Simpanan vs kecemasan

Perkara biasa yang saya jumpa dalam membuat perancangan kewangan ialah orang menyimpan untuk tujuan kecemasan. Boleh gunakan simpanan jika keadaan terdesak dan berlaku kecemasan. Perkara yang perlu kita ubah ialah, simpanan sebenarnya adalah untuk memenuhi keperluan belanja kita pada masa akan datang. Ada orang simpan untuk pergi haji, simpan untuk hari tua selepas bersara, simpanContinue reading “Simpanan vs kecemasan”

Hibah takaful vs hibah harta.

Hibah takaful merujuk kepada penamaan penerima manfaat kematian pemilik polisi. Kita ada dua pilihan sama ada ingin melantik penama sebagai WASI atau BENEFISIARI (Hibah). Jika kita memilih hibah maka semua pampasan tadi menjadi hak mutlak penerima hibah. Tidak memjadi dosa jika penerima hibah tidak memenuhi pesanan pemilik takaful seperti minta dibayar hutang, beri kepada anak-anakContinue reading “Hibah takaful vs hibah harta.”

Jangan biarkan polisi takaful tanpa penama

Penting bagi yang ambil takaful lebih-lebih lagi yang buat takaful sebagai legasi untuk kekayan waris mereka. Jika tiada penama atau penama hanya sebagai wasi, pampasan akan diterima sebagai Faraid. Jika berhasrat menyerahkan pampasan kematian kepada waris tertentu kaedah yang betul adalah dengan meletakkan mereka sebagai benefisiari iaitu penerima hibah. Pampasan lebih senang dituntut dan cepatContinue reading “Jangan biarkan polisi takaful tanpa penama”

Apa itu harta pusaka?

Harta pusaka adalah semua harta yang dimiliki dan dalam pengusaan si mati ketika dia meninggal dunia. Apa sahaja yang halal dan bernilai adalah harta pusaka seperti rumah, tanah, kenderaan, pakaian, pekakas rumah dan lain-lain yang bernilai pada adat setempat. Semua harta yang ditinggalkan adalah pusaka yang menjadi hak milik semua waris mengikut bahagian yang telahContinue reading “Apa itu harta pusaka?”

Konsep Asas Takaful

Maksud Takaful Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) mengistilahkan takaful sebagai “sesuatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju menyumbang kepada sesuatu kumpulan wang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiari pada masa berlaku sesuatu kejadian yang dipersetujui terdahulu.’ SecaraContinue reading “Konsep Asas Takaful”

Menjadi manusia bermanfaat

Sabda Nabi yang bermaksud ” sebaik-baik manusia dikalangan kamu adalah siapa yang lebih bermanfaat bagi manusia lain.” Bermanfaat dalam segenap aspek termasuk membantu masyarakat membuat perancangan yang betul dan tepat. Kita semua harus menjadi manusia yang bermanfaat dalam apa jua bidang kerja yang diceburi. Semua orang sepatutnya adalah penting bagi orang sekelilingnya paling tidak bergunaContinue reading “Menjadi manusia bermanfaat”