Urus simpanan biar kena caranya.

Jika membuat simpanan itu penting, mengurus dan mengatur simpanan adalah lagi penting. Ada orang buat simpanan tapi selonggok semua di satu tempat seperti bank.

Bukan tak boleh tapi tak tepat. Apa yang perlu kita buat ialah simpanan tu biar kena dengan matlamatnya.

Semua simpan kat bank untuk tujuan kecemasan. Simpanan pendidikan anak-anak,  duit nak buat haji,  duit nak hal-hal tak terduga seperti rosak kenderaan,  duit kecemasan nak balik kampung,  duit kecemasan masuk hospital dan banyak lagi.

Simpanlah banyak mana pun jika silap caranya ia akan habis sekelip mata. Satu musibah boleh meranapkan semua yang kita buat.

Sekali disahkan kanser,  sakit jantung, sakit buah pinggang beratus ribu duit dikeluarkan. Jangan kata taknak guna. Orang sakit je tahu nilai sihat berbanding duit.

Kita semakin tua.  Selagi tidak diurus dengan betul cara menyimpan belum tentu tua nanti kita akan terus sihat dan kuat. Sementara ada pendapatan gaji,  komisyen dan untung berniaga,  kita simpan dengan cara betul.

Simpan RM100 sehari.

Pecahkan begini.

✅ RM50 untuk simpanan hari  tua
(Bank boleh,  tapi di AiA Public Takaful kami ada pelan yang sangat menarik untuk tujuan ini. RM50 sahaja sehari,  20@30 tahun lagi anda akan dapat lebih RM 500K)

✅RM10 untuk simpanan kecemasan perubatan. 

Di Aia public takaful kami ada pelan  RM1 juta setahun kami bagi untuk bayar kos rawatan semua penyakit. Pelan ni dapat menyelamatkan semua simpanan kita dari digunakan untuk bayar kos rawatan.

✅RM10 untuk simpanan kecemasan buat waris (hibah).

Ini sangat penting untuk waris kita melangsungkan kehidupan mereka setelah kita tiada nanti. Apa yang kita ada tak semestinya turun kepada waris dengam mudah. Sangat banyak proses yang mereka kena lalui sebelum selesai segala urusan tuntutan pusaka. Sebelum semuanya terus beku, kita sediakan pampasan tunai mungkn RM500K atau RM 1 juta kepada mereka.

✅RM10 Simpan untuk reward diri seperti melancong,  umrah dan haji.

Hanya dalam 4 tahun sahaja kita dah boleh pergi umrah dan hanya simpan 15 tahun sahaja kita dah boleh pergi haji VIP. Nak pergi Korea atau mana2 pun boleh. Di Aia Public Takaful pun ada pelan yang menrik untuk ini.

✅RM20 lagi simpanan kecemasan untk hal2 tak terduga seperti kereta rosak dan lain-lain.

Untuk ini kita simpanlah dekat institusi yang senang nak keluar masuk duit sepertu di bank. Ada lebih-lebih sket buat beli emas, beli unit saham dan lain-lain.

RM3000 sahaja untuk simpanan. Bukan menjadi masalah bagi yang berniaga dapat RM1000 sehari (30K sebulan). Yang untung berniaga RM200 sehari. Jangan semua keuntungan kita lambakkan dalam stu institusi sahaja seperti bank. Fungsinya hanya menyimpan dan senang buat loan (hutang lagi).

Mudahnya nak buat amal jariah.

3 Amalan Yang Tidak Terputus Pahalanya

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له

Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).

Pernah tak kita terlintas untuk membina surau,  mewakafkan tanah untuk kegunaan ummah,  mewakafkan duit untuk pendidikan anak2  tahfiz dan sebagainya.?

Mampu tak kita mengumpul duit  jutaan ringgit atau ratusan ribu untuk infaq? Bayangkan kita ada 1000 orang sahaja yang menginfaqkan duit tunai RM200K kepada islam. Kita dah ada RM200 juta untuk ummah.

Bagaimana anda nak sumbang RM200K?  Senang sahaja, kita semua langgan takaful dan buat pampasan kematian RM200K. Pampasan tadi serahkan kepada badan-badan amal atau sekolah maahad atau masjid yng kita mahu bagi. Kalau nak lebih terurus boleh serah kepada syarikat amanah untuk sampaikan.

Kalau kita rasa yang paling berhak adalah waris sendiri, buatlah terus Hibah kepada waris. Selagi mereka manfaatkan RM200K tersebut,  selagi itulah pahala akan mengalir.

Tinggalkan sesuatu yang bermanfaat kepada waris kita.  Biarlah waris senang dan tenang walaupun kita sudah tiada.  Jangan tinggalkan mereka sedih dan beban.

*Tulisan adalah pandangan peribadi penulis. Kritikan membina amat dialukan.

Ustaz Ahmad Nassri

60198808906

Asingkan pendapatan untuk umrah & haji

🕋 Umrah & Haji VVIP❗❗

Langkah menuju Ilahi semudah bagaimana anda bermula. Usaha tanpa alasan, lagi mudah hasrat menjadi kenyataan.

Saya nak bantu 10 orang sahaja pembuka January 2021 untuk buat simpanan umrah VVIP.

Simpan RM10 – RM20 sehari sahaja.

3 – 4 tahun lagi umrah VVIP.
10 – 15 Tahun lagi Haji Pakej VVIP.

Tinggal anda percaya boleh buat. PASTI ia akan boleh. Allah menjemput siapa yang mahu sebelum menjadikan mereka mampu.

Kita perlukan Allah, Allah tak perlukan hambanya. Jika mahu Allah akan mudahkan. Jika ditabur alasan, anda takkan sampai.

Kami di Khalifah Abdul Jalil Consulting telah membantu ramai pelanggan untuk membuka akaun polisi umrah & Haji di Aia Public Takaful tanpa prejudis.

Kenapa anda mesti menyimpan di AiA Public Takaful?

  • Simpanan dijamin berterusan jika disahkan sakit kronik atau lumpuh sehingga umur 70 tahun.
  • Ada pampasan jika disahkan sakit kritikal
  • Ada pampasan kematian@lumpuh untuk dihibahkan kepada waris.
  • Ada badal haji
  • Ada pelepasan cukai LHDN
  • Kadar dividen tinggi antara 5-9% setahun.

Untuk maklumat lanjut hubungi saya:

Ustaz Nassri
AIA Life Planner
https://wa.me/60198808906

Merancang pusaka

Adakah kita perlu merancang pusaka? Bukankah pusaka itu akhirnya akan difaraid mengikut hukum yang Allah tentukan di dalam al-quran. Apa yang kita nak rancang?. Nak menafikan hak waris lain daripada mendapat harta? Atau kita lebih bijak daripada Allah yang telah mengaturkannya melalui faraid?

Perkara yang kita kena jelas ialah, selagi harta dibawah penguasaan dan milik kita, ia adalah hak mutlak kita untuk mengaturkannya. Memilih instrumen yang tepat adalah tanggungjawab kita sebagai pemilik harta. Apa yang kita nak buat pada harta kita? Nak sedekah, nak simpan, hibah, zakat dan sebagainya semua boleh dalam lingkungan undang-undang dan hukum agama.

Sama sekali tidak timbul merancang harta untuk menafikan hak waris tertentu. Namun jika tersilap instrumen dan kaedah, semua perancangan boleh jadi terbatal atau tergantung atas persetujuan waris. Contoh silap kaedah adalah membuat wasiat atau pesanan agar harta diserahkan kepada waris tertentu selepas kematian. Wasiat kepada waris tergantung kerana Rasulullah S.A.W pernah melarang hal tersebut. Jika waris menegakkan pesanan itu, barulah namanya menafikan hak waris lain.

Jika instrumen dan kaedah betul, masalah tidak akan jadi begittu. Ketika hidup kita membuat amanah, hibah, dokumen harta sepencarian, wasiat 1/3 kepada bukan waris semuanya disebut perancangan atas harta yang kita miliki. Statusnya adalah harta kita, bukan harta pusaka. Apabila meninggal waris hanya perlu buat pengesahan untuk mendapatkan hak mereka.

Namun kita tiada hak lahi menentukan pembahagian harta jika ia sudah menjadi pusaka. Rumah ni untuk anak sulung, duit dalam akaun untuk ibu, tanah untuk adik dan lain-lain hanya melalui pesanan. Semuanya akan tergantung atas persetujuan waris yang berhak. Mereka holeh bersetuju untuk bermuafakat atau menuntut hak bahagian faraid mereka.

Jadi melantik penradbir untuk memudahkan urusan pentadbiran pusaka juga termasuk sebahagian dari merancang pusaka. Memandangkan urusan pentadbiran pusaka bukan semudah ABC, kita harus membuat perancangan supaya harta tersebut sampai kepada waris seperti yang dihasratkan.

Saya pernah terbaca ada seorang penulis mengatakan merancang harta sebenarnya adalah untuk memudahkan waris. Tidak merancang bermakna kita sudah bersedia menyusahkan mereka dan kita menjadi punca waris bergelumang dosa akibat termakan harta batil kerana tidak menyelesaikan urusan pusaka menurut hukum hakam yang sebenarnya. Jika kita sedar ia rumit, kenapa kita biarkan ia bakal berlaku?

Saya sebagai Daie Mawarith selalu mengingatkan masyarakat tentang kepentingan urus pusaka dan bahaya jika urusan pusaka tidak selesai mengikut hukum agama. Malangnya ramai yang sekadar sedar tetapi tiada tindakan untuk merancang.

Jahil dan tahu tetap sama sehinggalah TINDAKAN yang membezakan mereka.

Kenapa perancangan harta dengan syarikat amanah?

Merancang harta menjadi satu keperluan dalam perwarisan harta lebih-lebih lagi zaman muktahir ini. Selain syarikat amanah, masyarakat mempunyai banyak pilihan untuk membuat perancangan perwarisan harta dengan institusi seperti syarikat-syarikat Sdn Bhd dan individu seperti peguam.

Kalau nak dibincangkan secara menyeluruh, tulisan saya akan menjadi panjang berjela-jela. Jadi saya fokuskan kepada beberapa isi penting yang menjadi asbab kenapa tuan-tuan WAJIB memilih syarikat amanah sebagai institusi untuk merancang perwarisan seperti wasiat, hibah dan amanah.

1. Fokus perniagaan adalah sebagai pemegang amanah

Bidang perniagaan syarikat amanah adalah sebagai pemegang amanah yang tertakluk pada pruntukan Akta Pemegang Amanah 1949 selain Akta Syarikat 2016. Syarikat amanah sangat terikat kuat dengan akta dan undang-undang yang terlibat. Ini bermaksud, segala produk yang dibangunkan oleh syarikat amanah telah diteliti dengan sangat cermat supaya memenuhi keperluan masyarakat.

2. Syarikat Amanah tidak boleh menutup operasi syarikat

Ini adalah jaminan yang perlu diambil kira oleh setiap masyarakat yang membuat perancangan perwarisan harta. Orang boleh meninggal, tapi ayarikat tidak boleh tutup kerana segala perkhidmatan yang di langgan perlu mendapat jaminan yang ia akan dilaksanakan. Syarikat amanah tidak boleh menutup operasi syarikat sesuka hati walau apa pun keadaan. Penutupan operasi syarikat hanya dibenarkan dengan keizinan SSM dan mahkamah sahaja. Akta ini tidak mengikat syarikat-syarikat sdn bhd dan individu perseorangan.

3.Tadbir urus koporat seperti syarikat-syarikat sanaraian awam yang lain.

Antara kekuatan syarikat amanah ialah standard tadbir urus koporat yang memastikan intergriti syarikat lebih terjamin. Dengan pangasingan fungsi setiap jabatan termasuk lembaga pengarah dan panel syariah. Tiada pihak yang berkuasa mutlak dalam membuat segala keputusan dan menentukan hala tuju syarikat.

Akta Syarikat Amanah 1949

Di Malaysia syarikat amanah patuh syariah terbesar adalah Wasiyyah Shoppe Berhad yang semakin mengorak langkah dalam menyampaikan mesej kepentingan perancangan harta dan pengurusan pusaka kepada masyarakat. Alhamdulillah sehingga ke hari ini nama Wasiyyah Shoppe Berhad semakin di kenali oleh masyarakat.

Simpanan Pendidikan

Setiap kelahiran akan diikuti dengan rasa kesyukuran atas nikmat cahaya mata yang dikurniakan Allah. Kurniaan Allah berbentuk zuriat bukan sekadar nikmat bagi ibu bapa, malah anak tersebut juga adalah amanah Allah yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab. Termasuk tanggungjawab yang ibu bapa wajib tunaikan ialah memberi pendidikan yang sewajarnya dari sudut rohani dan intelektual anak-anak.

gambar hiasan

Satu perkara yang kita perlu ambil perhatian dalam perancangan untuk pendidikan anak-anak kita ialah dengan mengambil kira kos pengajian yang bakal ditanggung kelak. Bukan sedikit anak-anak yang cerdas tapi terhalang meneruskan pengajian kerana keluarga tidak mampu menanggung kos pengajian mereka. Bahkan ada segelintir anak-anak ini sudah tidak ada orang tua kerana Allah telah mengambil orang tuanya terlebih dahulu dan meninggalkan anak tanpa dana yang mencukupi.

Hakikat kos pengajian yang semakin tinggi terpaksa kota tanggung.

Pencari nafkah samada ayah atau ibu bukan selamanya dapat memenuhi keperluan anak mereka termasuk keprluan pendidikan yang sewajarnya. Ibuu bapa boleh jadi meninggal terlebih dahulu. Ada juga yang sakit hingga hilang upaya untuk bekerja sekaligus hilang punca pendapatan. Apatah lagi apabila yuran pengajian di IPTA/IPTS pada masa akan datang semakin tinggi.

Di sini kita sebagai ibu bapa kena lebih kreatif dalam mempelbagaikan simpanan bukan sekadar simpanan tradisional seperti membuka akaun bank untuk anak-anak. Antara pilihan yang semakin mendapat perhatian ibu bapa zaman ini adalah dengan membuat simpanan pendidikan dengan syarikat-syarikat takaful.

Pelan simpanan pendidikan dengan takaful menjadi pilihan

Apa kelebihan Pelan Simpanan Pendidikan Takaful?

1. Jaminan simpanan berterusan hingga anak berusia 25 tahun jika pencarum sakit kritikal (biasa tidak mampu bekerja), lumpuh atau meninggal dunia.

2. Jaminan simpanan berterusan hingga umur 80 tahun jika anak itu yang terkena musibah sama ada lumpuh atau sakit kritikal.

3. Pulangan dividen juga tinggi antara 5%-7%. Untuk jangka panjang, faedah matang polisi hampir 2 kali ganda caruman. Ada kes sumbangan selama 70 tahun hanya RM 120,4000, tapi faedah matang mencecah RM 304,000.

4. Pampasan sakit kritikal, lumpuh dan meninggal dunia juga akan diberikan kepada waris jika terkena kepada anak tersebut.

Hanya simpan, banyak faedah yang kuta dan anak kita akan dapat.

Amanah Raya Urus Pusaka Percuma?

Alhamdulillah ada kesedaran masyarakat tentang kepentingan perancangan harta pusaka apabila ramai yang dah kenal Amanah Raya Berhad (ARB).

Sebenarnya nak melantik ARB sebagai pentadbir pusaka (wasi) sangat senang kerana banyak rakan strategik yang bersama-sama dengan ARB untuk memanjangkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Siapa yang biasa buat loan dapatlah tawaran melantik ARB sebagai pentadbir.

Saya bukan nak menafikan hak tuan-tuan untuk melantik sesiapa sahaja sebagai wasi. Itu adalah hak masing-masing demi kemaslahatan waris sendiri. Namun saya ada swdikit perkongsian tentang salah faham kita terhadap perkhidmatan yang ARB sediakan.

Rakan strategik ARB

Ramai yang seolah-olah macam tidak percaya apabila saya kata pelantikan wasi kepada Amanah Raya tersebut, hanya melantik institusi berkenaan yang BAKAL melakukan kerjanya nanti. ARB baru ada dokumen perlantikan wasi, belum lagi bekerja sebagai WASI (pentadbir). Tidak pernah ARB kata perkhidmatan sebagai wasi nanti adalah percuma.

Kos tidak pernah disembunyikan daripada peserta. Hanya peserta yang tidak faham.

Semua kos ini akan ditanggung waris anda kelak. Bayangkan jika kita meninggalkan rumah, kenderaan, tanah, duit dalam akaun bank ASB dan lain-lain. Semuanya akan dinilaikan dan kos 5,4,3,2,1% tadi wajib ditanggung waris. Ringan sedikit beban jika kita ada meninggalkan duit tunai dalam akaun kerana kos pentadbiran boleh ditolak dari pusaka si Mati (tunai). Jika tidak meninggalkan tunai? Waris terpaksa menanggung kos tersebut. Adakah memang tuan-tuan tahu dan berhasrat supaya waris membayar semua kos tersebut? Jika hasratnya begitu, pilihan anda melantik ARB memang TEPAT.

Tunai sahaja

Kenapa rakan strategik seperti bank tak jelaskan tentang fi berkenaan? Betul, itu bukan produk bank, mereka hanya rakan strategik dan tidak perlu menjelaskannya secara terperinci tentang produk. Jika kita beli peti ais Panasonic, yang bagi warranty dan nak baiki jika rosak bukan kedai perabot tempat kita beli. Yang pakar tentang produk adalah Panasonic sendiri. Bila kita melantik ARB, kita kena ada tanggungjawab untuk tahu detail dengan membaca semua dokumen yang diberikan atau merujuk ke laman web ARB untuk info tambahan. Boleh baca di sini:

https://www.amanahraya.my/ms/pentadbiran-pusaka/soalan-lazim-pusaka/

Malah ada yang membuat wasiat dan beranggapan wasiat itu terpakai. Waris akan dapat apa yang di wasiatkan. Memang benar wasiat terpakai jika untuk bukan islam. Namun wasiat tidak pernah mengatasi hukum syarak bagi orang islam. Itu pun ada termaktub dalam undang-undang ARB.

wasiat hanya 1/3 sahaja. Mana-mana individu itu asalah selain waris. Jika waris sendiri wasiat tergantung pada persetujuan waris Faraid.

Semoga sedikit info ini berguna. Sebelum ni saya tak detailkan, namun bila terlalu banyak salah faham. Saya catatkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Semoga bermanfaat.

Di Malaysia ada satu Syarikat Amanah sahaja yang mentadbir pusaka SECARA PERCUMA dari A-Z untuk waris. Satu panggilan semua selesai. Untuk info ini boleh hubungi saya

Buatlah pilihan mengikut hasrat kita sebagai pemilik harta.

Wasiat harta kepada waris tidak wajib dipatuhi

Perkataan wasiat selalu kita dengar bila dikaitkan dengan kematian seseorang. Banyak drama dan filem yang menggambarkan wasiat ini perkara yang wajib dituruti oleh waris. Ye betul, Jika wasiat ini diberikan kepada bukan waris, maka ia wajib dikeluarkan dari pusaka dengan kadar maksimum 1/3 harta sahaja.

Wasiat hanya terhad 1/3 harta sahaja untuk kebajikan si mati.

Semasa kita hidup instrumen wasiat kita gunakan jika berhasrat memberikan harta kepada bukan waris seperti anak angkat, adik beradik yang terhijab, institusi kebajikan dan lain-lain. Namun dalam islam, pemberian kepada waris melalui wasiat tidak bertepatan dengan syariat malah pernah di larang oleh Rasulluulah S.A.W

Tentang wasiat ini ada dua pendapat yang masyhur:

Pendapat pertama: Wasiat yang ditinggalkan kepada ahli waris adalah batil secara mutlak walaupun mendapat kebenaran daripada seluruh ahli waris. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Malik, pendapat kedua dalam mazhab Imam asy-Syafi’e dan satu riwayat dalam mazhab Imam Ahmad. Rujuk Hasyiyah ad-Dusuki (4/427), Nihayah al-Muhtaj (6/48), al-Mughni ma’a Syarh al-Kabir (6/419).

Mereka berhujah dengan beberapa hujahan, antaranya ialah:

  1. Zahir makna hadith:

أنَّ اللهَ قد أعطَى كلَّ ذي حقِّ حقَّهُ, فلا وصيَّةَ لوارثٍ

Maksudnya: “Sessungguhnya Allah SWT telah menentukan setiap yang mempunyai hak (ahli waris) akan mendapat hak mereka. Maka, tidak ada wasiat kepada ahli waris”

Riwayat Abu Daud (2870), Ibn Majah (2210), dan Ahmad (286)

  1. Ini kerana pemberian wasiat kepada sebahagian ahli waris akan memberi kemudharatan kepada ahli waris yang lain. Allah telah melarang perbuatan ini dalam firman-Nya:

مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ

Maksudnya: “Sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris)”.

Surah an-Nisa’: 12

Pendapat Kedua: Wasiat yang ditinggalkan kepada ahli waris adalah sah jika mendapat persetujuan daripada ahli waris lain selepas kematian orang yang meninggalkan wasiat. Jika mendapat persetujuan hanya sebahagian daripada ahli waris, maka wasiat yang ditinggalkan hanya sah mengikut kadar ahli waris yang membenarkannya. Ini adalah pendapat muktamad dalam mazhab Imam asy-Syafi’e, mazhab Imam Ahmad dan satu pendapat dalam mazhab Imam Malik. Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh asy-Syafi’e (4/561), al-Fiqh al-Manhaji (2/258), Hasyiyah ad-Dusuki (4/427), al-Mughni (6/419)

Pusaka adalah hak waris mengikut bahagian masing-masing. Boleh bersetuju juga di muafakat.

Dari sini kita dapat faham bahawa, wasiat yang dimaksudkan oleh syarak bukanlah seperti wasiat yang biasa di fahami oleh segelintir masyarakat di Malaysia.

Tak suka takaful

Alhamdulillah kefahaman tentang takaful dalam masyarakat khasnya umat islam semakin hari semakin jelas. Namun kerja agen takaful masih jauh lagi bagi menghakis kefahaman yang takaful sama sahaja dengan insuran. Saya bagi perumpamaan senang nasi lemak yang dibeli dengan duit sendiri boleh dimakan dan halal.  Nasi lemak yang kita dapat hasil pertaruhan (judi) boleh juga di makan tapi tidak halal.

Namun masih ramai umat islam tidak suka pada takaful akibat salah faham.  Perbandingan yang tidak setara seperti membandingkan takaful dengan simpanan. Rasa rugi bila bayar takaful RM300 sebulan. Bila matang pulangannya tak sama dengan simpan di bank. Unsur takaful dan simpanan sangat berbeza, tujuan dan matlamat pun berbeza. Kita membangdingkan antara mesin basuh dengan dapur.  Semua ada kelebihan.  Bandingkan mesin basuh dengan mesin basuh baru jelas apa manfaat yang kita mahu dari mesin basuh.

Ada mitos yang lagi hebat, takaful kerjanya nak menipu.  Janji manis tapi tak ditepati. Sebelum tuan-tuan pegang kepercayaan ini lebih baik mengkaji dan menilai dengan hati terbuka. Taklid buta tidak pernah baik dalam apa jua keadaan. Kebanyakkan orang yang buat takaful mereka sendiri tak faham apa yang mereka dah bayar.  Lepas dah dapat polisi terus simpan. Tak pernah nak minta agen terangkan balik apa manfaatnya.

Jika tuan-tuan pernah rasa kena tipu,  cuba tanya diri sendiri,  faham tak apa ikatan kontrak antara kita dengan syarikat. Bukan setakat apa yang dijanjikan agen. Kita berkontrak dengan syarikat,  bukan dengan agen. Jika tuan-tuan hanya mendengar kisah orang kena tipu,  baik selidik sedalam-dalamnya.  Banyak kes yang berlaku mereka hanya rasa tertipu sebab tidak faham apa kontrk yang dibuat.

Bayar kad perubatan standalone sampai habis tempoh,  lepas tu minta balik duit.  Memanglah tak dapat.

Kemalangan sampai putus tangan. Tuntut pampasan ilat kekal. Tapi takaful hanya cover mati dn lumpuh. macam mana nak dapat?.

Masuk hospital kos sampai RM80K syarikat takaful tak cover penuh. Dah kad perubatan limit RM60K sahaja macamana nak cover lebih. Kos sampai RM800 tapi tak warded. Macam mana medical card nak cover dah memang tak boleh (kecuali beberapa perkara sahaja).

Jika tiada alasan tapi tetp juga tak suka pada takaful. Yang tu kita kena bersihkan hati dulu. Apa yang Allah halalkan pasti ada kebaikannya. Takaful memang termasuk dalam muamalat islam. Satu juzuk islam kit tak suka, yang bermasalah adalah jiwa kita sendiri.

Kena percaya sesuatu yang halal dan datang dari islam pasti ada hikmah dan kebaikannya.

Penama takaful.

Kematian dan takaful adalah perkara yang selalu diperbincangkan oleh agen-agen takaful sejak dulu lagi. Sejak Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dikuatkuasakan Hibah takaful menjadi popular dalam kalangan agen takaful dan umat islam umumnya. Timbul kekeliruan apabila ada segelintir agen dan umat islam mula memahami hibah lebih baik dari faraid dalam agihan harta pusaka.

kredit gambar by adibyazid.com

Untuk pengetahuan kita, hibah dan pusaka adalah perkara yang berbeza. Dalam APKI 2013 telah menjelaskan bahawa penama penerima pampasan takaful boleh diletakkan sebagai WASI atau BENEFISIARI (HIBAH). Kedua-duanya ada kebaikan dan memenuhi hasrat pemilik polisi takaful. Hibah bukan produk. Salah kalau agen kata saya ada jual produk hibah.

Jika pemilik berhasrat memberikan pampasan kepada semua ahli waris, penama boleh diletakkan sebagai WASI. Ini bermakna pampasan kematian yang diterima adalah menjadi pusaka dan perlu ditadbir oleh penama sebagai pusaka. HARAM baginya memanfaatkan untuk diri sendiri jika wasi bukan waris si mati. Pampasan takaful diterima setelah ditolak semua hutang si mati. Jika kita berhasrat untuk waris membantu kita menyelesaikan hutang, penama sebagai wasi adalah paling tepat.

kredit gambar dari adibyazid.com

Jika pemilik takaful berhasrat hendak menyerahkan kesemua kepada orang tertentu menurut hasratnya, maka penama diletakkan sebagai penerima hibah bersyarat (benefisiari). Kelebihan penerima sebagai benefisiari adalah pampasan yang diterima adalah hak mutlak penerima hibah. Tidak perlu melalui proses pentdbiran pusaka kerana pampasan yang dihibahkan telah terkeluar dari senarai pusaka si mati.

Maka tidak bertepatam dengan maksud syarak jika kita menghibahkan pampasan takaful kepada orang tertentu, namun meletakkan syarat bagaimana untuk mereka menggunakan hibah berkenaan. Hibah adalah hak mutlak penerima. Tidak boleh dipesan agar melunaskan hutang si mati, memberikan kepada waris lain, guna tebus pusaka waris lain menuntut bahagian dan sebagianya. Jika penerima tidak memenuhi permintaan simati, maka penerima tidak menanggung apa2 kesalahan undang-undang atau hukum syarak.

Menilai keperluan sebagai pemilik polisi baru anda jelas apa hasrat yang kita mahu, baru tahu apa bentuk penamaan yang kita nak buat. Kedua-duanya baik. Namun jika nak cepat selesai, buatlah HIBAH. Penerima boleh guna tanpa was-was hukum dan undang-undang.