Perlukah kita ada medical card?

Saya berkongsi manfaat kad perubatan untuk kita faham, kenapa kita perlu kepada kad perubatan lebih-lebih lagi zaman sekarang yang penyakit datang dalam pelbagai bentuk seperti covid dan lain-lain.

Antara manfaat yang kita dapat jika ada kad perubatan peribadi ialah:

Jarang barisan terlalu panjang kerana harga tidak mampu milik. Tapi kebanyakkan yang masuk tak pakai duit sendiri, mereka ada kad perubatan.


1️⃣ Sebagai alternatif untuk mendapatkan rawatan CEPAT di hospital pilihan (swasta) tanpa menunggu giliran di hospital kerajaan sahaja. Semua maklum sesiapa sahaja berhak mendapat rawatan di hospital kerajaan. Kos yang dikenakan juga ada subsidi kerajaan dan mampu untuk semua orang. Bila semua orang ke hospital kerajaan menyebabkan tempat dan kemudhan tidak dpat menampung permintaan. Jarang ada katil kosong. Wad icu penuh, doktor pakar tak cukup, peralatan sepeeti mesin dialisis juga tak cukup. Kelebihan ada kad perubatan ialah kita ada pilihan untuk mendpatkan perkhidmatan lebih cepat dn lancar.

Orang ramai menunggu giliran untuk membuat pendaftaran sebelum berjumpa doktor di Hospital Selayang. – NSTP/Zunnur Al Shafiq

2️⃣ Tanggung kos rawatan yang semakin hari semakin tinggi. Contoh kos rawatan kanser payu dara boleh mencecah hingga RM300K. Jadi kita tidak perlul mengelurkan duit simpanan atau harapkan orang lain hulur bantuan. Penting kita kena tahu kos eawatan sakarang suapaya jangan buat medical card dengan had tahunan rendah. Kalau boleh biar had tahunan hingga RM 1 juta lebih.

Jarang orang ada duit cash sebanyak itu. Jalan akhir minta sumbangan atau pasrah menanti ajal.

3️⃣Dapat bilik wad yang mewah & selesa. Senang waris datang melawat dan nak tidur sebilik pun boleh. Privacy terjaga denga hanya nurse dan doktor sahaja yang datang masuk bilik.

Pemendangan biasa di wad hospital kerajaan. Privasi hanya dibalik tabir. Doktor dn nurse akan buka juga untuk pemantauan.
Adakah yang begini lebih seles bagi kita?

4️⃣ Paling penting jika ada medical card yang had tahunan tinggi, kita tak risau lagi kos rawatan. Kelegaan yang kita dapat hanya asbab sekeping kad.

Jika banyak duit, kita boleh beli kesihatan (bayar kos rawatan) dengan duit cash sahaja. Jika sayang duit, asingkan semasa sihat sikit untuk persediaan sebagai dana perubatan kita nanti.

Pesanan.
Orang yang tidak bekerja dengan kerajaan dan tidak bertaraf berpencen, Anda orang yang paling terdedah menggunakan duit sendiri jika sakit. Lihatlah kenyataan ini di sekeliling anda.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut kad perubatan yang layak untuk anda.

Ustaz Nassri
AIA Life Planner
https://wa.me/60198808906

Ketenangan minda

Semua orang berhak mendapat ketenangan minda seperti yang diingini. Sudah pasti orang yang paling tenang minda dan jiwanya ialah orang yang paling kuat mengambil mengingati Allah.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :”Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang (Ar-ra’d:28)

Namun begitu kadangkala manusia tidak terlepas dari ujian yang membuatkan mereka kadang kala terlupa kepada Penciptanya. Satu perkara yang kita kena yakin, Allah memberi kita peluang untuk mencari kebahagian dan mendapat ketenangan minda. Antara usaha kita untuk mendapat ketenangan ialah:

– Memastikan keperluan untuk kehidupan kita dan ahli keluarga sentiasa mencukupi.

– Memastikan kita ada ruang dan masa untuk orang tersayang juga masa untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba.

-Memastikan segala perancangan ada pelan sokongan supaya tidak membantutkan usaha menggapai cita-cita dan matlamat.

– Sesekali beri ruang membuat apa yang kita suka asalkan tidak melampaui batas.

Perancangan sokongan itu saya merujuk khas kepada cara kita merancang bagi menghadapi ketidakpastian seperti penyakit, kecederaan, kelumpuhan dan musibah lain yang menyebabkan kita hilang upaya untuk memenuhi keperluan keluarga dan diri kerana tidak mampu bekerja. Sekurang-kurangnya jika sakit kritikal, kita ada pelan ganti pendapatan hingga 7-10 tahun tanpa bekerja.

Antara hak dan silaturrahim.

Seperti yang kita sedia maklum,  semua harta yang ditinggalkan si mati menjadi pusaka yang diwariskan kepada ahli waris mengikut bahagian yang telah ditentukan syarak. Namun begitu islam memberi pilihan pada baki harta setelah ditolak hutang, wasiat dan harta sepencarian untuk di muafakat atau diagihkan mengikut faraid.

Secara faktanya darippad 10 kes harta pusaka,  hanya 1 kes sahaja waris memilih untuk bermuafakat.  Selebihnya lebih memilih faraid suoya tidak timbul masalah dikemudin hari.

Menguruskan harta pusaka sebenarnya buka hanya pada nombor bahagian,  tetapi lebih kepada menguruskan emosi ahli waris. Baju sehelai pun kadang kala sesama ahli waris boleh bermasam muka. Ada nilai emosi pada baju yang selalu si ibu pakai dan ibu suka. Bukan seorang anak perempuan yang mahu mengabadikan kenangan.  Apatah lagi pada hartalain seperti gelang emas dan barang kemas lain.

Antara hak dan silaturrahim dua perkara yang perlu ahli waris memeliharanya. Namun perkara yang lebih utama daripada harta adalah silaturrahim.  Jangan jadikan harta pusaka asbab yang memutuskan hubungan silaturrahim sesama hli waris. Harta kita boleh usaha cari,  namun jika silaturrahim terputus apa gantinya?

Antara keduanya,  pilihlah silaturrahim.  Duduk berbincang.  Terbitkan muafakat ahli waris dan jaga silaturrahim.  Tidak menjadi salah anak yang tidak berhajat kepada harta melepaskan bahagian demi ahli waria yang lain.

Apa tanggungjawab waris sebelum menerima harta pusaka?

Pengetahuan asas yang perlu waris tahu sebelum menerima harta pusaka. Memang harta pusaka adalah hak waris mengikut bahgian yang telah ditentukan (Faraid). Setelah selesai pengurusan jenazah perkara utama yang waris perlu adalah bermesyuarat untuk memikirkan kebajikan si mati dan kebajikan waris yang ditinggalkan.

Gambar sekadar hiasan

Perbincangan berkenaan harta yang ditinggalkan si mati bukan bermakna waris kena berebut atau tamakkan harta. Ini tanggapan yang perlu kita buang. Sepatutnya tidak timbul kata-kata kubur masih merah waris sudah berbincang pasal harta.

Kenapa perlu berkumpul dan berbincang secepat mungkin?. Ya, waris ada tanggungjawab berat terhadap simati dan terhadap harta pusaka yang ditinggalkan. Waris tak sama dengan saudara mara atau jiran tetangga. Mereka kena menyelesaikan banyak perkara yang menentukan kebajikan si mati dan diri mereka sendiri.

Waris kena berfikir membebaskan si mati dari sebarang belenggu yang akan menambah azab mereka seperti hutang dengan Allah dan hutang dengan orang ramai. Membantu si mati menyelesaikan tugas dan amanah yang belum selesai. Beruntunglah si mati jika warisnya menyelesaikna semua hutang dan amanah serta wasiat si mati.

Waris kena memikirkan bagaimana harta yang ditinggalkan itu tidak BEKU. Kena melantik dalam kalangan waris untuk menjadi pentadbir atau melantik pihak ketiga sebagai pentadbir.

Ini perkara asas sebelum ahli warus memikirkan bagaimana pembahagian harta hendak dibuat di institusi berkaitan. Janganlah waris sekadar memandang barta sehingga lupa perkara yang utama daripad harta iaitu menyelesaikan hak si mati.

Orang kata biar tidak ada baki dari harta si mati asalkan semua hutangnya selesai.

Jaga silaturrahim sifat ahli syurga

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan).” (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini sangat ringkas. Namun hadis ini maknanya sangat mendalam. Seseorang muslim tidak cukup dengan menjaga kewajipannya kepada Allah semata-mata, tetapi mengabaikan perintah Allah untuk menjaga hubungan sesama manusia.

Jagalah hubungan silaturrahim lebih-lebih lagi dengan kaum kerabat (ahli kelurga). Kadang kala kita terpaksa berkorban demi silaturrahim terpelihara. Tidak mengapa kerana ia bukan satu kerugian. Jika ia diputuskan oleh orang lain biarlah. Tapi tekadlah kita bukan seperti gunting yang memutuskan tali silaturrahim tersebut.

Diam tanda setuju

Dalam islam diam tanda setuju ni hanya boleh dipakai ketika meminta persetujuan perempuan dengan calon bakal sumi yang meminang.

Dalam bab pengurusan harta pusaka diam waris lain tidak boleh diterjemah sebagai bersetuju. Ramai ahli waris yang makan hati hanya semata-mata menjaga silaturrahim tetapi hati tidak redha. Sebab itu persetujuan waris dalam agihan pusaka perlu dinyatakan dengan jelas dihadapan hakim.

Itu diam yang tidak dapat diterjemah waris lain. Sedangkan jika waris semua bersetuju untuk melepaskan harta kepada waris tertentu seperti tanah dan rumah bagi kepada adik bongsu sebab adik yang jaga mak masa sakit pun kena dinyatakan di mahkamah. Sudut hukum dah lepas, namun sudut perundangan rumah tadi masih tidak dapat dipindah milik.

Menunggu keadaan semakin sulit pada masa akan datang dengan kematian waris yang berlapis. Fahami betul-betul urusan pusaka dan ikut rapat segala perundangan supaya harta dapat dicairkan dan diserahkan kepada waris dengan lancar.

Takaful & Simpanan

Ada agen promot buat takaful sebagai simpanan. Betul tak takaful adalah simpanan?.

Pada asasnya takaful bukan simpanan seperti simpanan-simpanan biasa di bank, Tabung Haji dan Unit Trust. Takaful asasnya adalah sumbangan kita untuk membantu peserta lain jika ditimpa musibah mengikut perjanjian sesama ahli. Seperti juga khairat kematian anjuran masjid-masjid sekeliling kita.

Namun begitu, semakin hari takaful juga tak lari dari perubahan dan pembaharuan yang lebih mengikut keperluan semasa masyarakat. Kini produk takaful lebih lengkap merangkumi simpanan, perlindungan dan pelaburan.

Simpanan takaful lebih berbentuk jangka panjang. Sebab itulah jika peserta menamatkan caruman atau membatalkan takaful pada peringkat awal, simpanan mereka tidak seperti simpanan di bank. Namun untuk jangka panjang, pulangan takaful juga memberikan keuntungan kepada peserta.

Apa yang peserta kena tanamkan dalam hati bila mencarum sebagai peserta ialah NIAT caruman adalah untuk saling membantu. Jika begitu barulah tercapai maksud membantu dan diberi pahala ileh Allah. Jika pulangannya baik syukur. Jika pulangannya rendah insyaallah ada bahagian yang lebih besar Allah akan berikan kerana niat membantu dengan sumbangan yng telah diberikan.

Simpanan vs kecemasan

Perkara biasa yang saya jumpa dalam membuat perancangan kewangan ialah orang menyimpan untuk tujuan kecemasan. Boleh gunakan simpanan jika keadaan terdesak dan berlaku kecemasan.

Perkara yang perlu kita ubah ialah, simpanan sebenarnya adalah untuk memenuhi keperluan belanja kita pada masa akan datang. Ada orang simpan untuk pergi haji, simpan untuk hari tua selepas bersara, simpan untuk memenuhi kehendak maaing-masing.

Bagaimana dengan kecemasan? kita silap dalam perancangan jika kita berniat simpanan adalah untuk diguna ketika kecemasan. Dalam menguruskan ketidakpastian, instrumen lebih tepat adalah TAKAFUL.

Ketidakpastian bagaimana? Ketidakpastian seperti bimbang ditimpa musibah seperti sakit kritikal, lumpuh hingga tidak mampu bekerja. Kematian hingga waris hilang tempat bergantung. Kita tidak menggunakan duit simpanan untuk memenuhi keperluan perubatan dan menggantikan pendapatan yang hilang. Tetapi kita gunakan takaful sebagai sokongan.

Simpanan tetap dapat memenuhi keperluan dan kehendak walaupun berlaku perkara yang diluar jangkaan. Jika meninggal sekalipun waris akan mendapat simpanan sebagai pusaka.

Takaful sangat luas sebagai perancangan sokongan untuk simpanan pendidikan, simpanan hari tua (bersara), dana perubatan, dana segera untuk survival waris dan banyak lagi.

Percayalah, anda cuma perlu asingkan 5%-10% sahaja untuk merancang bagi menyelamatkan semua 100% apa yang anda ada hari ini.

Hibah takaful vs hibah harta.

Hibah takaful merujuk kepada penamaan penerima manfaat kematian pemilik polisi. Kita ada dua pilihan sama ada ingin melantik penama sebagai WASI atau BENEFISIARI (Hibah). Jika kita memilih hibah maka semua pampasan tadi menjadi hak mutlak penerima hibah. Tidak memjadi dosa jika penerima hibah tidak memenuhi pesanan pemilik takaful seperti minta dibayar hutang, beri kepada anak-anak atau sedekahkan untuk amal jariah.

Jika mahu pampasan tadi untuk bayar hutang dan dibahagikan kepada waris lain, kita kena buat penama sebagai WASI. WASI kena secara amanah mentadbir pampasan tadi menikut hukum syarak sama ada MUAFAKAT atau FARAID.

Manakala hibah harta pula ialah menyerahkan harta kepada seseorang ketika hidup dan terus berkuatkuasa semasa hidupnya. Harta yang dihibahkan telah terkeluar dari pusaka. Penerima hibah hanya perlu mengemukakam bukti (dokumen) yang dia acalah penerima hibah yang sah.

Hibah takaful tidak menyelesaikan faraid rumah dan harta walaupun hibah takaful boleh digunakan oleh waris untuk menebus bahagian Faraid waris lain. Namun tidak menjadi kewajipan untuk waris lain menolak bahagian hanya kerana sudah di tebus dengan duit.

Dalam perancangan perkara ini saling berkiat. Hibahkan pampasan takaful untuk waris supaya mereka ada duit tunai yang segera dan cepat. Hibahkan juga harta jika ada hasrat nak menyerahkannya kepada waris tertentu terutama mereka yang kritikal warisnya seperti hanya ada waris perempuan atau tidak ada anak.

Jangan biarkan polisi takaful tanpa penama

Penting bagi yang ambil takaful lebih-lebih lagi yang buat takaful sebagai legasi untuk kekayan waris mereka. Jika tiada penama atau penama hanya sebagai wasi, pampasan akan diterima sebagai Faraid.

Jika berhasrat menyerahkan pampasan kematian kepada waris tertentu kaedah yang betul adalah dengan meletakkan mereka sebagai benefisiari iaitu penerima hibah. Pampasan lebih senang dituntut dan cepat dapat tanpa pelu proses di mahkamah.