Apa itu harta pusaka?

Harta pusaka adalah semua harta yang dimiliki dan dalam pengusaan si mati ketika dia meninggal dunia. Apa sahaja yang halal dan bernilai adalah harta pusaka seperti rumah, tanah, kenderaan, pakaian, pekakas rumah dan lain-lain yang bernilai pada adat setempat.

Semua harta yang ditinggalkan adalah pusaka yang menjadi hak milik semua waris mengikut bahagian yang telah ditetapkan syarak (faraid).

Konsep Asas Takaful

Maksud Takaful

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) mengistilahkan takaful sebagai “sesuatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju menyumbang kepada sesuatu kumpulan wang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiari pada masa berlaku sesuatu kejadian yang dipersetujui terdahulu.’

Secara ringkasnya, takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang yang sebahagiannya akan disalurkan ke dalam dana takaful atas dasar tabarru’ (derma), seseorang itu memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkannya menjadi seorang peserta dalam pelan takaful tersebut dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Faham?

Bahasa mudahnya ialah saling melindungi. Semua peserta sumbangkan duit seikhlas hati (tabarru’) ke dalam tabung dan bersetuju duit itu untuk membantu sesama ahli yang terkena musibah.

Takaful adalah muamalat islam. Perkara yang Allah aturkan sudah pasti ada kebaikannya. Asal acuannya dari agama pastinya terbaik untuk manusia. Siri akan datang saya kongsikan instrumet yang hampir sama dengan takaful iaitu insuran. Macam sama tapi sangat berbeza.

Menjadi manusia bermanfaat

Sabda Nabi yang bermaksud ” sebaik-baik manusia dikalangan kamu adalah siapa yang lebih bermanfaat bagi manusia lain.”

Bermanfaat dalam segenap aspek termasuk membantu masyarakat membuat perancangan yang betul dan tepat. Kita semua harus menjadi manusia yang bermanfaat dalam apa jua bidang kerja yang diceburi.

Semua orang sepatutnya adalah penting bagi orang sekelilingnya paling tidak berguna untuk keluarga dan orang yang tersayang disampingnya.