DAIE MAWARITH (wasiyyah Shoppe Berhad)

Solusi Pewarisan harta umat Islam patuh Syariah yang inovatif dan komprehensif.

Islam sangat mengambil berat soal pemilikan harta dengan garis panduan yang jelas yang wajib dipatuhi oleh penganutnya. Tanggungjawab terhadap harta bukan sahaja dalam aspek cara mendapatkannya bahkan merangkumi aspek penggunaan dan perwarisan harta. Tidak akan berganjak kaki anak adam di akhirat kelak kecuali selepas Allah menyoal mereka berkenaan harta mereka. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Tidak akan berganjak kedua kaki anak Adam pada hari kiamat disisi tuhannya sehingga akan ditanya tentang lima perkara: tentang umurnya dalam apa ia gunakan, tentang masa mudanya dalam apa ia habiskan, tentang hartanya darimana ia peroleh dan dalam apa ia belanjakan, dan tentang apa yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu).(Hadis Riwayat Tarmizi)

Memandangkan aspek perwarisan adalah bidang yang paling jarang dibincangkan umat islam, tidak hairanlah semakin lama ilmu perwarisan harta seperti faraid semakin lama semakin hilang ditelan zaman. Benarlah sabda Nabi yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkan ia kepada orang lain. Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu, ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia merupakan suatu ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku.” (Riwayat Ibnu Majah, al-Hakim dan Baihaqi)

Justeru itu, saya banyak mengupas aspek perwarisan harta agar ilmu ini dapat disebar dan difahami oleh seramai mungkin umat islam khasnya di Malaysia. Selain perkongsian ilmu dan percambahan idea, saya juga sebagai Daie Mawarith kepada syarikah amanah patuh Syariah Terbesar di Malaysia iaitu WASIYYAH SHOPPE BERHAD menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

  • Pegang AMANAH kepada harta yang diamanahkan oleh pelanggan untuk diagihkan kepada benefisiari yang ditetapkan seperti amanah hartanah, wang tunai, polisi takaful dan ASB.
  • Membuat perancangan HIBAH bagi hartanah, hartanah yang masih di dalam pinjaman bank, saham perniagaan, akaun bersama di bank, barang kemas, kenderaan, saham koperasi dan akaun tabung haji yang 100% patuh syariah.
  • Menguruskan harta pusaka umat islam secara profesional memenuhi kehendak perundangan dan hukum syariah.
%d bloggers like this: